Mengaji Asas

Pakej Mengaji Asas menawarkan kelas pembelajaran Al-Quran daripada mengenal huruf, makhraj huruf dan bacaan asas menggunakan buku Iqra’. Ia dibuka untuk penyertaan kanak-kanak dan dewasa secara individu perseorangan atau berkumpulan (2-4 orang atau 5-8 orang).

Setiap sesi dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar yang berlangsung selama sejam (sekurang-kurangnya) samada di rumah atau di Pusat Pembelajaran Al-Quran Ahsan. Pembelajaran boleh dilakukan sebanyak dua kali seminggu atau lebih bergantung kepada permintaan pelajar.

 

Pakej Mengaji Asas di Rumah (Kanak2 / Dewasa):

  1. Individu Perseorangan = RM 35 sejam x 8 sesi*
  2. Berkumpulan 2-4 orang = (RM 35 sejam x 8 sesi* ) + RM 10 bagi setiap penambahan pelajar.
  3. Berkumpulan 5-8 orang = RM 40 sejam x 8 sesi*

 

Pakej Mengaji Asas di Pusat Pembelajaran Al-Quran Ahsan (Dewasa):

  • Pakej Individu Perseorangan = RM30 sejam x 8 sesi* (1 to 1 dengan guru)
  • Pakej Mengaji Berkumpulan:

1. Mengaji Asas Al-Quran I (fleksibel)

  • 3 Hari seminggu
  • Pilih untuk hadir 3 hari dalam seminggu.
  • RM 120 sebulan
  • Kelas ini menawarkan masa fleksibel kpd pelajar dimana pelajar boleh memilih utk dtg belajar pd waktu pilihan mereka sendiri sepanjang waktu Centre dibuka. Walaupun duduk di dalam 1 kumpulan, pelajar akan diajar secara seorang demi seorang mengikut giliran (first come first serve), setiap pelajar dibenarkan datang sebanyak 3 kali seminggu dari jam 9:00am – 9:30pm (kecuali waktu rehat, sabtu, ahad & cuti umum). Kadar waktu pengajian adalah 2 ke 3 mukasurat mengikut kelancaran pelajar. Guru akan mencatatkan tempat berhenti pelajar (lulus atau ulang) untuk disambung pada hari berikutnya pula. Sila hubungi urusetia kami atau datang terus ke centre untuk maklumat lanjut.

2. Mengaji Asas Al-Quran II (tetap)

  • Kelas akan dilangsungkan selama 60 Minggu (60 Kali)
  • Setiap sesi akan dijalankan selama sejam
  • Jika Pelajar melebihi 10 orang, masa akan dipanjangkan sehingga 2 jam setiap sesi
  • Buat masa ini, jadual kelas adalah: 9-10 pagi (Sabtu) Wanita, dan 9-10pagi (Sabtu) lelaki
  • Pelajar akan belajar mengaji daripada Asas sehingga mampu membaca Al-Quran
  • Ujian akan dijalankan pada akhir kelas untuk menilai tahap penguasaan pelajar
  • Pelajar akan diberikin sijil
  • Yuran dikenakan adalah RM500 (60 Minggu)
  • Yuran akan dibayar pada permulaan kelas iaitu sebanyak RM250. Baki Yuran RM250 akan dijelaskan pada minggu ke-31.

 

 

Pakej Mengaji Asas di Pusat Pembelajaran Al-Quran Ahsan Global (Kanak2):

1.  AHSAN KIDS (4-6 Tahun)

  • Iqra’, B.Arab, Fardhu Ain, Jawi
  • 3 hari seminggu, Selasa-Khamis
  • Pilihan kelas, samada jam 9-10am @4-5pm
  • Yuran RM 120 sebulan

2.  Mengaji Asas Al-Quran @ Iqra (7 tahun ke atas)

  • Pilih untuk hadir 3 hari dalam seminggu pada jam 8-9pm
  • Yuran RM 120 sebulan

*8 sesi (Jadual 2 kali seminggu = 8kali sebulan) ; pengiraan Yuran adalah bergantung kepada berapa kali kelas yang berlangsung pada bulan tersebut. Rujuk FAQ.

 

Sila isi borang di bawah untuk sebarang pertanyaan:

Nama anda (wajib)

Alamat emel (wajib)

Subjek

Kandungan mesej