Mengaji Secara Online

Kelas Mengaji secara Online ini disediakan khusus bagi orang dewasa yang sibuk dan sukar mencari masa untuk menghadiri kelas tetapi ingin mempelajari Al-Quran. Dengan perkhidmatan ini, anda masih boleh belajar mengaji dengan guru yang berkelayakan, hanya dengan menggunakan kemudahan Online pada bila-bila masa, di mana-mana mengikut keselesaan anda.

Pelaksanaan kelas ini hanya memerlukan sambungan internet dan perisian Skype, dan anda boleh memulakan kelas pada bila-bila masa mengikut masa yang dipersetujui dengan tenaga pengajar. Kelas akan berlangsung dengan menggunakan alat bantu iaitu ‘microphone’ dan ‘webcam’ bagi memastikan guru dapat menyampaikan pelajaran dengan sempurna dan jelas kepada pelajar.

Pakej mengaji Online ini hanya dibuka kepada dewasa, secara individu, untuk Mengaji Asas dan Mengaji Al-Quran & Tajwid sahaja. Adab ketika belajar mengaji Al-Quran seperti menutup aurat dan sebagainya tetap dijaga ketika sesi pembelajaran berlangsung. Pihak Ahsan Global juga hanya menyediakan Ustaz untuk sesi Online bersama pelajar lelaki, dan Ustazah untuk sesi Online bersama pelajar wanita.

Pakej yang kami sediakan adalah seperti berikut:

  • 1 jam untuk setiap sesi
  • 2 sesi dalam seminggu ( 2 sesi x 4 minggu = 8 sesi sebulan)
  • masa bagi setiap sesi boleh dipilih oleh pelajar dari jam 8pagi – 12malam (isnin – sabtu sahaja)
  • RM 80 sebulan (8 sesi/ 8 jam)*

*8 sesi (Jadual 2 kali/jam seminggu) ; pengiraan Yuran adalah bergantung kepada berapa kali kelas yang berlangsung pada bulan tersebut

 

Sila isi borang di bawah untuk sebarang pertanyaan:

Nama anda (wajib)

Alamat emel (wajib)

Subjek

Kandungan mesej